CONTOH ARTWORK UNTUK CRYSTAL CUSTOM ALBUM
CONTOH PRODUK PAKEJ LENGKAP
EXCLUSIVE CRYSTAL COVER CUSTOM ALBUM |
Album jenis ini merupakan trend masa sekarang kerana penampilannya yang eksklusif. Dicetak terus di atas album dengan lamina UV, metallic dan pelbagai lagi. Helaian tebal dan keras serta muka album yang dilapisi oleh kristal / kaca agar menyerlahkan lagi keindahannya. Mengandungi 20 muka. |
STICKY / DIE CUT ALBUM |
2 jenis album yang hampir sama, iaitu kesemuanya adalah jenis album "self adhesive" atau lekat sendiri. Walau bagaimana pun, album ini menarik kerana gambar bersaiz 4R yang agak besar, puas mata memandang. Kami di Hikayat Photography akan menyusun foto dengan teratur mengikut perjalanan majlis pada setiap muka surat. Kebiasaannya mengandungi 20 - 40 muka serta memuatkan 100 - 160 keping foto. Beza antara Sticky, Die Cut dan Mock Up cumalah muka hadapan dan belakang. Sticky adalah album biasa. Die Cut adalah seperti foto yang tertera ini. Manakala Mock Up, muka hadapannya dicetak khas seperti photobook. |
Custom Briefcase |
Kotak ini direka khas secara custom berdasarkan saiz album yang diminta. Dihadapannya diabadikan foto pengantin (biasanya bersaiz 6R) sebagai cover hadapan. Kotak ini didatangkan secara eksklusif bersama pakej-pakej terpilih. Kebiasaannya digunakan untuk menyimpan Crytal Custom Album ataupun Photobook agar lebih selamat dan mudah dibawa. Pelbagai jenis kulit, warna dan corak untuk kotak ini yang boleh disesuaikan dengan konsep atau tema album yang telah siap. |